34 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lembaga pengarah SRC tak pernah minta nasihat Najib – saksi

    Shopee Sale

    SRC International Sdn Bhd tidak pernah mengundang bekas penasihat emeritusnya, Najib Razak untuk mendapatkan nasihat bagi menguruskan syarikat, menurut bekas pengarah Suboh Md Yassin.

    Suboh berkata demikian ketika perbicaraan saman AS$1.18 bilion SRC terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

    Suboh ditanya peguam Muhammad Shafee Abdullah berhubung perananan penasihat emeritus dalam perniagaan tenaga yang dijalankan SRC.

    Shafee: Adakah lembaga pengarah (SRC) mengundang perdana menteri (Najib) sebagai penasihat emeritus untuk mendapatkan nasihatnya dalam sebarang perkara?

    Suboh: Seingat saya tiada.

    Shafee: Anda setuju (undangan) adalah cara untuk perdana menteri menasihat lembaga pengarah?

    Suboh: Ya.

    Shafee: Kenapa perdana menteri tidak pernah diundang untuk menasihati lembaga?

    MENARIK:  ULASAN | KPDN: Rasuah paling tinggi, jawapan paling rendah

    Suboh: Dia yakin dengan Nik Faisal (Ariff Kamil, CEO SRC ketika itu).

    Dalam prosiding sebelumnya, Suboh berkata ekoran "protokol tertentu", lembaga pengarah SRC tidak cuba bertemu secara langsung dan mengadakan perbincangan dengan Najib.

    Dia juga menyifatkan Nik Faisal - yang kini dalam perlarian dan diburu pihak berkuasa Malaysia untuk membantu siasatan jenayah berkaitan - adalah proksi kepada Najib, selain berkata Nik Faisal mungkin memberi maklumat salah kepada lembaga pengarah syarikat.

    Najib melantik Suboh sebagai pengarah SRC pada 1 Ogos 2011 dan dia memegang jawatan itu sehingga 4 Mac 2019.

    Perbicaraan di depan hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung esok.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah