27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki tinggalkan beg berisi bahan letupan diburu polis

    Shopee Sale

    GLOBAL | Polis memburu seorang lelaki yang didapati meninggalkan sebuah beg berisi bahan letupan di sebuah stesen kereta api di Berlin, Jerman, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Penemuan bahan berbahaya itu dibuat dalam pemeriksaan rutin oleh pihak polis.

    Menurut dpa, penyiasat terus mencari lelaki terbabit yang melarikan diri dari tempat kejadian di stesen kereta api Neukölln, selepas diperiksa polis pada petang semalam.

    Bahan letupan berkenaan kemudian diletupkan oleh pihak polis di sebuah taman berhampiran.

    MENARIK:  SPRM Kedah tahan tiga individu bantu siasatan rasuah

    Media yang memetik sumber keselamatan di ibu kota Jerman itu melaporkan, bahan yang ditemukan dalam beg lelaki terbabit ialah triacetone triperoxide”

    Ia merupakan bahan sering digunakan oleh penjenayah yang menyasarkan mesin wang tunai, serta pengganas dalam serangan besar di Brussels dan Paris.

    Jurucakap polis hari ini berkata dia "tidak dapat mengesahkan atau menafikan" laporan itu.

    Menurut dpa, pihak berkuasa masih menyiasat latar belakang insiden itu, termasuk menggunakan rakaman CCTV dari stesen kereta api.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah