27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki OKU didakwa bunuh peminta sedekah

    Shopee Sale

    Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) hari ini didakwa membunuh seorang peminta sedekah, bulan lepas.

    Mohamad Fauzan Adib Abd Aziz, 28, yang juga peminta sedekah mengangguk memahami pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Pendaftar Mahkamah Shah Alam Mislia Mohd Aris, pada prosiding dijalankan di katil wad pemerhatian Hospital Shah Alam.

    Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Mohamad Fauzan Adib dimasukkan ke hospital itu pada Ahad lepas bagi rawatan.

    Dia didakwa membunuh R Arujunan, 40, di hadapan sebuah bank di Seksyen 18, di Shah Alam kira-kira 12 tengah hari pada 24 April lepas.

    MENARIK:  Mahkamah putuskan polis cuai, ibu model Belanda menang saman RM1.1 juta

    Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak lebih 40 tahun, jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alia Anisa Khairus Masnan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Mislia menetapkan 9 Jun depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Shah Alam.

    Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dilaporkan berkata kejadian bunuh itu berlaku disebabkan perebutan tempat meminta sedekah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah