25.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki meninggal dunia semasa sertai aktiviti korban di Lumut

    Shopee Sale

    Seorang lelaki meninggal dunia semasa menyertai aktiviti gotong-royong penyembelihan lembu sempena Aidiladha di Kampung Sungai Rumput, Kampung Sitiawan dekat Lumut semalam.

    Mangsa dikenali sebagai Radzuan Nanyan, 50, dilaporkan pengsan di sebuah kawasan padang di lokasi ibadah korban tersebut dilaksanakan.

    Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

    MENARIK:  Ribut petir, hujan lebat dijangka landa hampir seluruh negara

    “Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung dan hasil bezah siasat yang dijalankan mendapati mangsa disahkan mengalami serangan jantung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Hasbullah berkata pihaknya kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

    Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan orang ramai membantu urusan membawa lelaki itu ke hospital menaiki ambulans sebaik insiden itu berlaku.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah