26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki maut tertimbus dalam telaga di Pasir Mas

    Shopee Sale

    Seorang lelaki maut selepas tertimbus tanah ketika sedang menurunkan gelung simen di dalam telaga yang baru siap digali di Masjid Kampung Gelam Tok Uban Pasir Mas, di Kota Bharu semalam.

    Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Adnan Mat Juri berkata mangsa Mohamad Khairul Jeffry Maarof, 23, dibawa naik dengan bantuan orang awam pada 7.15 malam tadi dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

    Dia berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.54 petang dan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas digerakkan ke lokasi kejadian.

    “Apabila kami tiba di lokasi kejadian pada 6.17 petang, mangsa didapati telah tertimbus dalam telaga yang berkedalaman kira-kira enam meter,” katanya ketiga dihubungi tengah malam tadi.

    MENARIK:  Penoreh getah 'tidak sengaja' rogol anak remaja

    Adnan berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah