28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki ditemui maut dilanggar kereta api di Chemor

    Shopee Sale

    Seorang lelaki maut dipercayai dilanggar tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kejadian di Kilometer 156 berhampiran sebuah kuil di Pekan Chemor di Ipoh semalam.

    Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima makluman berhubung kejadian itu daripada KTMB selepas pemandu tren pengangkutan awam itu memaklumkan terdengar dentuman kuat di lokasi berkenaan.

    “Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar pukul enam pagi ketika tren dalam perjalanan dari Ipoh ke arah utara. Pemandu tren terdengar dentuman kuat pada bahagian hadapan, namun tidak dapat mengenal pasti objek disebabkan keadaan gelap dan berkabus.

    “Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemukan serpihan anggota badan manusia bersama barangan peribadi dipercayai milik mangsa dan pemeriksaan di tempat kejadian dijalankan oleh Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan pasukan patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  'Ayunan' berubah di KKB, Kamal: Tak mustahil kerajaan bertukar

    Dia berkata mangsa dipercayai berjantina lelaki berdasarkan pada pakaian dan cebisan anggota badan dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk proses bezah siasat yang dijadualkan hari ini.

    “Setakat ini tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan sehingga kini identiti sebenar mangsa belum dikenal pasti.

    “Polis menyeru mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga supaya berhubung dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Safrizal Mohd Saad di talian 017-3446 790, Balai Polis Chemor atau Ibu Pejabat Polis Ipoh bagi tujuan pengecaman dan pengesahan identiti mangsa,” katanya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah