26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki didakwa muat naik komunikasi jelik pada Raja Perlis dirujuk ke psikiatri

    Shopee Sale

    Mahkamah Sesyen Kangar hari ini mengarahkan seorang lelaki yang memuat naik komunikasi jelik terhadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di laman Facebook miliknya baru-baru ini, dihantar ke Hospital Psikiatri untuk menjalani pemantauan selama sebulan bagi mendapatkan laporan kesihatan.

    Perintah tersebut dikeluarkan Hakim Musyiri Peet ke atas tertuduh, Hasbullah Mohammad, 41, berikutan keadaan mentalnya dikatakan tidak stabil.

    Menurut peguam Shazwan Shaidan yang mewakili tertuduh, lelaki yang masih bujang itu merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental dan masih dalam rawatan susulan di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar, selain turut dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur.

    Terdahulu, Hasbullah yang berkopiah dan kelihatan tenang mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

    Mengikut pertuduhan, pada 3.26 pagi 6 Mac lepas tertuduh yang menggunakan nama profil Muhammad Muhammad (Ku Tehh Ku Muhammad) di laman Facebooknya, secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain, yang telah dibaca pada tujuh pagi hari yang sama di sebuah rumah di Taman Fauziah di sana.

    MENARIK:  Kongres PKR bergelora: Rafizi bakal hanyut, Izzah cetus gelombang baru

    Dia didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya.

    Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perlis Muhamad Asyraf Md Kamal dan hakim menetapkan 15 Mei ini bagi serahan laporan psikiatri tertuduh.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah