26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lebih 90 mayat ditemukan bawah runtuhan di Gaza

    Shopee Sale

    GLOBAL | Pertahanan Awam Gaza pada Sabtu memaklumkan bahawa mereka menemukan 94 mayat rakyat Palestin yang tertimbus di bawah runtuhan di wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi.

    Dalam satu kenyataan, organisasi berkenaan berkata mayat-mayat itu dijumpai di kawasan tengah Gaza dan dipindahkan ke jabatan forensik di Kompleks Perubatan Al-Shifa bagi urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Syuhada di bandar Deir al-Balah.

    Ribuan rakyat Palestin dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah di Gaza sejak bermulanya peranang Israel ke atas wilayah itu pada Okt 2023.

    MENARIK:  Dua maut, 18 cedera nahas pesawat kecil berdekatan Los Angeles

    Menurut Pertahanan Awam Gaza, mereka dengan kerjasama kementerian kesihatan dan hal ehwal agama berjaya memindahkan ribuan mayat yang dikebumikan di lokasi rawak ke tanah perkuburan di wilayah itu.

    Israel membunuh hampir 70,700 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,100 yang lain dalam serangan sejak Okt 2023 sebelum ia dihentikan susulan perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 10 Okt.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah