Penasihat Lawyers for Liberty (LFL), Latheefa Koya, hari ini mengecam keras tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang menurutnya cuba menutup dakwaan salah laku membabitkan seorang hakim kanan Mahkamah Persekutuan tanpa sebarang siasatan bebas.
Dalam kenyataan media, hari ini, Latheefa menyifatkan kenyataan AGC sebagai tidak wajar dan amat mengecewakan, khususnya apabila isu serius seperti dakwaan campur tangan dalam keputusan kehakiman hanya dilabel sebagai "ketidakaturan prosedur".
“Tuduhan bahawa seorang hakim meminta ketua hakim membuat keputusan yang memihak kepada pihak tertentu bukan isu teknikal kecil.
“Ini adalah persoalan asas tentang kebebasan kehakiman dan integriti institusi,” katanya.
Menurut peguam itu, kenyataan AGC bahawa dakwaan berkenaan “tidak disokong oleh bukti kukuh” menunjukkan satu penolakan awal yang tidak bertanggungjawab dan seolah-olah dibuat tanpa siasatan rapi.
“Atas dasar apa AGC membuat kesimpulan begitu awal? Adakah sudah ada siasatan bebas? Atau ini sekadar cubaan menyapu isu ini ke bawah permaidanai?” soalnya.
[Berita penuh menyusul]





