28.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Laporan rombakan PDRM: Polis rakam keterangan 3 penulis artikel esok

    Shopee Sale

    Polis akan merakam keterangan tiga penulis dari sebuah portal berita berhubung laporan pertukaran kepimpinan tertinggi dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, esok.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi berkata rakaman keterangan daripada tiga individu terbabit akan diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 2.30 petang.

    “Setakat ini polis mengambil keterangan daripada pengadu dan siasatan lanjut akan dilakukan,” katanya.

    Selasa lepas, PDRM menafikan ada mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung laporan sebuah portal berita dalam talian yang mendakwa pasukan keselamatan itu merancang pertukaran melibatkan kepimpinan tertingginya.

    Terdahulu, sebuah portal berita dalam laporannya mendakwa Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain antara nama yang bakal ditukarkan ke agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri.

    Razarudin turut mengingatkan pengamal media supaya tidak membuat laporan atau berita spekulasi sehingga boleh menimbulkan fitnah dan khianat kepada pihak lain.

    MENARIK:  Jangan besarkan isu sampah dalam demo - Nik Nazmi

    “Kita memahami tanggungjawab pengamal media sebagai peranantara dalam menyampaikan berita kepada masyarakat namun perlu dilakukan dengan beretika,” katanya.

    Beliau berkata sekiranya berita dilaporkan menimbulkan khianat atau fitnah, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas yang boleh diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM), Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan peruntukan sedia ada.

    Menurut beliau, di bawah Seksyen 233 AKM, mereka yang berkenaan boleh dihukum denda tidak lebih RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit bersalah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah