29 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lantik dua anak dalam syarikat negeri: Exco Terengganu didakwa hari ini

    Shopee Sale

    Seorang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Terengganu, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan, akan didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, hari ini.

    Bernama melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berumur lingkungan 60-an itu tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.13 pagi.

    Kelihatan beberapa pegawai dan anggota polis mula mengawal keadaan di luar dan di dalam pekarangan mahkamah memandangkan terdapat beberapa penyokong individu terbabit yang berkumpul di situ.

    MENARIK:  Anwar: BN menang di Nenggiri bukti rakyat Kelantan terima k'jaan Madani

    Pada Ahad lalu, sumber memaklumkan suspek disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya sebagai anggota Exco kerajaan negeri serta pengerusi lembaga pengarah sebuah syarikat bagi mengarahkan kedua-dua anaknya dilantik bekerja di dua anak syarikat milik kerajaan negeri.

    Lelaki itu ditahan selepas hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Kemaman pada Ahad kerana didakwa melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2018 dan 2020.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah