27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tembak polis: Sembilan individu direman seminggu

    Shopee Sale

    Sembilan individu direman seminggu bagi membantu siasatan berhubung dengan penemuan mayat seorang wanita di dalam kenderaan suspek yang dipercayai menembak dan menikam seorang anggota polis di Simpang Pulai, semalam.

    Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata sembilan individu itu terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita.

    "Perintah reman yang bermula dari hari ini hingga Ahad dikeluarkan oleh Majistret Anis Hanini Abdullah di Mahkamah Majistret manakala usaha memburu suspek utama masih diteruskan," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Terdahulu, seorang anggota polis berusia 26 tahun dari Balai Polis Simpang Pulai dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh akibat terkena tembakan di bahagian perut dan tikaman pisau semasa bergelut dengan suspek yang disyaki terlibat dalam kes bunuh di kebun kelapa sawit berhampiran sebuah kilang di Simpang Pulai pagi semalam.

    MENARIK:  Kerajaan kaji kenyataan berbaur kebencian di media sosial

    Dalam kejadian pada 1.15 pagi itu, pemeriksaan lanjut terhadap kereta suspek menemukan mayat seorang wanita di bahagian tempat duduk belakang kenderaan terbabit.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah