34 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    K’tan gesa penduduk patuh arahan pihak keselamatan jika ingin ke Sg Golok

    Shopee Sale

    Penduduk Kelantan dinasihatkan supaya mematuhi arahan pihak keselamatan jika berhasrat untuk berkunjung ke Sungai Golok, Thailand, susulan keadaan tidak menentu di kawasan sempadan itu.

    Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohamed Fadzli Hassan berkata suasana di pekan sempadan berkenaan ketika ini berisiko untuk dikunjungi selepas insiden serangan bom dan tembakan di pos kawalan keselamatan Pejabat Daerah Sungai Golok semalam.

    “Kita sedia maklum bahawa setiap kali Ramadan ramai penduduk Kelantan ke Sungai Golok untuk membeli juadah atau berbuka puasa bersama rakan dan keluarga," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Dia menegaskan bahawa keselamatan harus diutamakan dan penduduk perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk berkunjung ke negara jiran.

    MENARIK:  Isu sindiket 'counter setting' dibincang parlimen hari ini

    Terdahulu, media melaporkan polis memperketat kawalan sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom tersebut sehingga situasi disahkan selamat selain sentiasa memantau perkembangan di Wilayah Narathiwat 

    Hari ini, Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok Apichet Jeh-Ouma dilaporkan berkata serangan semalam dipercayai bertujuan mencetuskan kekacauan di selatan Thailand.

    Dia berkata kumpulan penyerang yang berpakaian serba hitam dan bertutup muka menaiki dua kenderaan sebelum melepaskan tembakan bertubi-tubi serta melemparkan bom ke arah pos kawalan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah