25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kotak hitam kedua pesawat Air India ditemukan di tapak nahas

    Shopee Sale

    Kotak hitam kedua daripada pesawat Air India Boeing 787-8 yang terhempas baru-baru ini ditemukan di lokasi nahas, lapor penyiar NDTV yang dipetik agensi berita Sputnik/RIA Novosti pada Sabtu.

    Maklumat yang disimpan dalam perananti itu dijangka dapat membantu siasatan bagi menentukan punca insiden yang mengorbankan 274 nyawa.

    Kotak hitam pertama telah ditemukan di tapak nahas pada Jumaat.

    Pada Khamis, sebuah pesawat penumpang Boeing 787 Dreamliner milik Air India yang dalam penerbangan ke London terhempas beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang di Ahmedabad, bandar di barat India.

    MENARIK:  Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas nilai Islam - Anwar

    Pihak berkuasa penerbangan India mengesahkan bahawa terdapat 242 individu di dalam pesawat berkenaan, termasuk dua juruterbang dan 10 anak kapal.

    Media tempatan melaporkan pesawat itu terhempas di atas bumbung asrama pelajar perubatan.

    Air India kemudian mengesahkan bahawa 241 daripada 242 orang dalam pesawat telah terkorban dalam tragedi itu. Menurut laporan media India, nahas turut meragut nyawa 33 individu lain termasuk 10 pelajar perubatan yang berada di dalam atau berhampiran asrama ketika kejadian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah