25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kota Kinabalu isytihar bencana banjir

    Shopee Sale

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu mengisytiharkan daerah itu dilanda bencana banjir pada malam ini.

    Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata pengisytiharan itu dibuat berdasarkan laporan serta maklumat lapangan yang diterima daripada agensi-agensi berkaitan.

    “Sehubungan dengan itu, Pusat Kawalan Operasi Bencana Kota Kinabalu telah diaktifkan bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

    Orang awam boleh menghubungi talian hotline pusat itu 088-210 011 atau 088-239 681 untuk menyalurkan maklumat atau aduan berkenaan bencana sekitar Kota Kinabalu.

    Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memaklumkan beberapa jalan di Kota Kinabalu tidak boleh dilalui akibat banjir kilat malam ini, antaranya Jalan Tongkuzu, Jalan Ulu Kionsom 1, Jalan Undan, Jalan Likas Industries, Jalan Rampayan dan Jalan Gudon.

    MENARIK:  Hari Wilayah 2026: Presiden Mahkamah dahului senarai penerima

    “Setakat ini tiada jalan alternatif yang boleh dilalui pengguna jalan raya. Pengguna diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelak menggunakan jalan itu,” katanya dalam kenyataan berasingan.

    Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mereka yang dipindahkan akibat banjir di Beaufort bertambah kepada 300 orang daripada 108 keluarga malam ini, berbanding 282 orang daripada 102 keluarga petang tadi.

    “Semua yang terjejas ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon. Sebanyak tujuh kampung terjejas banjir di Beaufort,” katanya dalam kenyataan lain.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah