Membaca berita hari ini, memberi gambaran seolah-olah rakyat Malaysia semakin berpecah belah.
Malaysiakini mahu membuktikan bahawa ini bukan realiti sebenar.
Melalui kempen foto "Cerita Muhibah Kita" di media sosial, kami ingin berkongsi rakaman saat rakyat berbilang kaum dan agama negara ini berkumpul bersama, baik menyambut pelbagai perayaan, membantu antara satu sama lain ketika kesusahan mahupun menikmati kehidupan seharian mereka.
Hantarkan foto anda bersama rakan atau keluarga anda di [email protected] dan ceritakan kepada kami kisah di sebalik foto itu dalam 100 patah perkataan atau kurang.
Peserta akan diberikan langganan percuma Malaysiakini selama sebulan.
Kempen ini akan berlangsung sepanjang April.





