29 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Konflik Asia Barat: Syarikat penerbangan rugi AS$53 bilion

    Shopee Sale

    Kerugian yang dialami akibat pencerobohan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran berjumlah kira-kira AS$53 bilion bagi 20 syarikat penerbangan tersenarai awam terbesar, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik laporan Financial Times berdasarkan pengiraannya sendiri.

    Eksekutif syarikat penerbangan memberi amaran mengenai kesan yang berpunca daripada kenaikan harga minyak yang berterusan, gangguan di lapangan terbang negara Teluk, serta potensi kesan terhadap permintaan global, tambah Financial Times.

    Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, penumpang yang merancang perjalanan bagi laluan yang tidak berkaitan dengan Asia Barat akan berdepan kenaikan mendadak harga tiket ketika syarikat penerbangan cuba melindungi hasil pendapatan mereka, lapor akhbar berkenaan.

    MENARIK:  JKR Kelantan kesan 10 runtuhan tanah, cerun di jalan persekutuan

    Pada 28 Feb, AS dan Israel mula menyerang sasaran di Iran, termasuk di Tehran, yang menyebabkan kerosakan dan kematian orang awam.

    Iran telah melancarkan serangan balas ke atas wilayah Israel, serta sasaran aset AS di Asia Barat.

    AS dan Israel pada mulanya mendakwa serangan “awal" mereka adalah perlu untuk menangani ancaman yang dianggap berpunca daripada program nuklear Iran, namun mereka kemudiannya menjelaskan bahawa mereka mahu melihat perubahan kuasa di Iran.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah