27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    K’jaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Kerajaan bersetuju untuk melantik dua Ahli Dewan Negara dan empat Ahli Parlimen termasuk dua wakil daripada pembangkang ke dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen bagi menambah baik keanggotaannya.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelantikan itu akan dibuat Jawatankuasa Pemilih esok, sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 yang menjadi asas kepada penggubalan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

    “Saya difahamkan terdapat cadangan untuk menambah baik keanggotaan Majlis Perkhidmatan Parlimen dan perkara ini boleh dibuat tanpa pindaan kepada RUU ini dengan menggunakan Peraturan Mesyuarat 76, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

    MENARIK:  Lepas Loke tegur, Lim kata akan henti kritik cukai tanah P Pinang

    “Ini seperti diberi kefahaman oleh penasihat undang-undang, memadai untuk menjamin bukan sahaja kebebasan tetapi perwakilan daripada pembangkang.

    “... namun setelah mendengar beberapa acara libat urus termasuk pembangkang, kerajaan setuju untuk membuat pindaan dalam jawatankuasa pada hari esok, sekiranya RUU ini diluluskan oleh Dewan dengan memasukkan pindaan ini…pelantikan ini akan dibuat Jawatankuasa Pemilih dan kelulusan oleh Dewan masing-masing,” kata Perdana Menteri ketika membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah