30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    K’jaan minta Albert lapor polis, dedah pegawai SPRM suruh tutup mulut

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Putrajaya menggesa pemberi maklumat, Albert Tei, supaya membuat laporan polis dan menamakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa telah memberi amaran agar dia tidak mendedahkan skandal perlombongan di Sabah.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran, dalam ucapan penggulungan beliau di Dewan Rakyat petang ini memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti bersalah.

    "Perkara ni telah dibangkitkan beberapa ahli parlimen.

    "Ini satu dakwaan sangat serius dan tidak boleh diteima sama sekali. Mana-mana pemberi maklumat yang tampil beri maklumat apa-apa kelakuan tidak wajar tidak boleh disekat atau diancam mana-mana pihak.

    MENARIK:  Azam arah selesaikan siasatan kes Shamsul, Tei dalam 7 hari

    "Apa lagi pihak berkuasa sendiri. Saya ingin menasihatkan individu bernama Albert Tei tersebut untuk segera failkan laporan kepada PDRM dan jawatan kuasa aduan SPRM bawah Seksyen 15 Akta SPRM 2009 dengan menamakan pegawai SPRM yang terlibat dalam dakwaan tersebut.

    "Saya beri jaminan sepenuh kerajaan Madani tidak akan kompromi isu mengancam seperti ini dan tindakan setegas-tegasnya akan diambil sekiranya dakwaan tersebut benar," katanya.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah