27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    K’jaan bakal umum pelan pemulihan lengkap untuk mangsa – Nga

    Shopee Sale

    Kerajaan bakal mengumumkan satu pelan pemulihan komprehensif minggu ini bagi mangsa kebakaran akibat letupan paip gas yang dahsyat di Putra Heights, Selangor.

    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengesahkan pelan tersebut bertujuan memberi sokongan kepada mereka yang terkesan akibat kejadian itu.

    "Berita baik akan dibawa oleh kerajaan Madani kepada mangsa-mangsa kebakaran Putra Height pada minggu ini.

    "Atas usaha gigih kerajaan Madani, satu pelan pemulihan yang menyeluruh telah dicapai untuk membantu mangsa kebakaran Putra Heights.

    "Sila nantikan pengumuman saya bersama YAB MB Selangor (Amirudin Shari)," katanya pada hantaran di media sosial hari ini.

    MENARIK:  Caj PPUM naik: Sangat membebankan, kata pesakit kronik

    Kebakaran yang berlaku pada 1 April itu menyebabkan api menjulang setinggi lebih 30 meter, dengan suhu mencecah sehingga 1,000 darjah Celsius.

    Ia mengambil masa hampir lapan jam untuk memadamkan kebakaran sepenuhnya.

    Sebanyak 81 buah rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus manakala 81 rumah lagi rosak sebahagiannya. Sebanyak 57 buah rumah terjejas tetapi tidak terbakar dan 218 rumah tidak terjejas langsung.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah