25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kiandee selar Anwar kerana mengelirukan peruntukan untuk Sabah

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya yang mengelirukan tentanng peruntukan kerajaan persekutuan kepada Sabah.

    Katanya, ketika mengumumksn bahawa kerajaan persekutuan memperuntukkan RM16 bilion kepada Sabah, perdana menteri gagal mengambil kira bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak mendapat tambahan 40 peratus daripada hasil persekutuan dan cukai yang diperolehi dari Sabah.

    Ini akan mencecah kira-kira RM4 bilion, berdasarkan pengumuman Anwar bahawa kerajaan persekutuan mengutip RM10.2 bilion cukai dan hasil daripada Sabah tahun lepas.

    “Jadi kenyataan perdana menteri sebenarnya terlepas pandang bahawa jumlah perbelanjaan pembangunan kepada Sabah tidak boleh disamakan dengan pemberian wajib biasa kepada negeri-negeri lain (selain Sarawak).

    “Nilai RM 16 bilion tersebut seharusnya diberikan kepada Sabah namun pemberian wajib 40 peratus di bawah Perkara 112C masih tetap dan perlu diberikan kepada Sabah selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan.

    “Oleh itu, Kerajaan Persekutuan dan Sabah perlu sentiasa menjunjung serta mematuhi Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin suatu persekutuan yang terus adil, bermanfaat bersama disamping menjaga kepentingan negara Malaysia,” katanya yang juga adalah pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah itu.

    Bekas timbalan speaker Dewan Rakyat itu menambah, peruntukan wajib kepada semua negeri tidak sepatutnya digabungkan dengan pemberian khas itu kerana ia tertakluk di bawah seksyen berbeza Perlembagaan Persekutuan iaitu Seksyen 109.

    Dia berkata, perlembagaan juga membenarkan semakan kadar ini sebanyak 40 peratus setiap lima tahun, tetapi kerajaan persekutuan setakat ini belum berbuat demikian.

    Minggu lalu Anwar menjelaskan bahawa peruntukan RM16 bilion yang diumumkannya pada Pesta Kaamatan di Sabah pada 13 Mei adalah jumlah peruntukan untuk negeri itu tahun ini, dan bukan hanya untuk projek pembangunan.

    Katanya, jumlah itu meliputi pelbagai perbelanjaan termasuk sekolah, pendidikan, keselamatan sempadan dan pembangunan negeri secara keseluruhan, dan ini melebihi 40 peratus daripada hasil persekutuan dan cukai yang diperoleh dari Sabah.

    Kenyataannya dibuat ketika pertikaian undang-undang oleh Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) dengan kerajaan persekutuan berhubung kegagalan pusat membayar geran khas 40 peratus dari 1972 hingga 2022.

    Dua tahun lalu, SLS memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan warta kerajaan persekutuan bagi geran tahunan RM125.6 juta untuk Sabah, dengan mendakwa ia melanggar hak hasil negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

    Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memberikan kebenaran kepada SLS untuk meneruskan tindakan itu, dan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan tersebut.

    MENARIK:  MCA, MIC balas Zahid: Kami bukan budak-budak berebut ‘mainan’

    Manakala pada Julai lalu, peguam negara memfailkan permohonan untuk kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan berhubung perkara itu.

    Menurut laporan berita, berikutan semakan pertama di bawah Perkara 112D pada 1969, kerajaan pusat dan negeri bersetuju dengan jumlah berikut sebagai ganti geran untuk Sabah di bawah Perkara 112C(1)(a): RM20 juta pada 1969, RM21.5 juta dalam 1970, RM23.1 juta pada tahun 1971, RM24.8 juta pada tahun 1972, dan RM26.7 juta pada tahun 1973.

    Semakan kedua sepatutnya diadakan pada tahun 1974 tetapi tidak menjadi kenyataan.

    Sebaliknya, menurut jawapan parlimen pada 6 Mac tahun lalu Sabah telah dibayar RM26.7 juta untuk setiap tahun berikutnya sehingga semakan seterusnya dilakukan pada 2022.

    Menurut Warta Persekutuan pada April 2022, susunan baharu selepas semakan 2022 adalah seperti berikut: RM125.6 juta pada 2022, RM129.7 juta pada 2023, RM133.8 juta pada 2024, RM138.1 juta pada 2025, dan RM142 .6 juta pada 2026.

    Jumlahnya mencecah RM669.8 juta dalam tempoh lima tahun.

    Anwar turut memaklumkan kepada Dewan Rakyat menerusi jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen Keningau Jeffrey G Kitingan bahawa terdapat rundingan yang belum selesai untuk formula baharu tersebut.

    Pentadbiran Sabah semasa di bawah Ketua Menteri Hajiji Noor dari Gabungan Rakyat Sabah juga memberi bayangan bahawa negeri itu akan bertegas untuk menuntut hak 40 peratus daripada hasil persekutuan yang diperolehi daripada negeri itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah