30.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ketua polis Johor nafi bersara, video tular tak benar

    Shopee Sale

    Ketua Polis Johor CP Datuk M Kumar menafikan akan bersara seperti yang ditularkan menerusi video di media sosial.

    Beliau berkata penyebaran berita palsu itu sesuatu yang serius dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam menyebarkan maklumat tidak benar mengikut penguatkuasaan undang-undang.

    Kumar berkata video tular di TikTok berkaitan persaraannya adalah tidak benar serta tidak berasas, kerana beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti biasa dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri itu terjaga.

    MENARIK:  Keluarga gariskan tuntutan lantik pakar antarabangsa siasat kematian Beng Hock

    “Polis Johor mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih serta tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kekeliruan,” katanya dalam kenyataan.

    Beliau berkata sebarang maklumat rasmi berkaitan perubahan dalam kepimpinan Polis Diraja Malaysia hanya diumumkan melalui saluran rasmi agensi itu.

    Terdahulu, tular video memaparkan Kumar menghadiri majlis bagi meraikan pesara dan bakal pesara di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah, di negeri Johor.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah