27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ketua pengarah RTM, CEO Bernama dilantik ahli Lembaga Majlis Media

    Shopee Sale

    Kerajaan menamakan Ketua Pengarah RTM Suhaimi Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin sebagai wakil kerajaan dalam Lembaga Majlis Media Malaysia (MMM).

    Penamaan tersebut dibuat oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada 14 Januari lalu selari dengan peruntukan Seksyen 8(1)(b) Akta Majlis Media Malaysia 2025.

    Dalam satu kenyataan hari ini, lembaga majlis mengalu-alukan penamaan tersebut dengan menyifatkan Suhaimi mempunyai pengalaman meluas dalam bidang penyiaran dan kewartawanan merangkumi sektor awam serta swasta.

    Nur-ul Afida pula, kata MMM, berpengalaman dalam menguruskan organisasi berita dan pentadbiran media di peringkat kebangsaan, dengan penglibatan meluas dalam ekosistem media arus perdana negara,

    Jawatan pengerusi belum diisi

    Dengan pelantikan dua wakil kerajaan tersebut, kini 20 daripada 21 jawatan dalam Lembaga Majlis terisi.

    MENARIK:  Kes Ebit Lew: Saksi tak pasti jika ada hantar gambar lucah

    Menurut MMM, hanya jawatan pengerusi majlis yang masih belum diisi dan proses pencalonan bagi kedudukan tersebut masih lagi dibuka.

    Selain wakil kerajaan, Lembaga Majlis turut dibarisi oleh:

    • Empat ahli mewakili syarikat media.
      Empat ahli daripada kalangan pengamal media.

    • Empat ahli mewakili kepentingan awam termasuk ahli akademik dan masyarakat sivil.

    • Enam ahli yang dilantik bawah Seksyen 8(1)(f) Akta bagi memastikan kesaksamaan gender, kawasan, serta kepelbagaian bahasa dan format media.

    • Lembaga Majlis telah dipilih pada November 2025 dan akan berkhidmat bagi tempoh penggal selama dua tahun.

    Buat masa ini, MMM memaklumkan pihaknya sedang menunggu dana peruntukan daripada kerajaan bagi membentuk sekretariat serta menjalankan fungsi dan mandat yang ditetapkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah