27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ketua komander Iran terbunuh dalam serangan Israel

    Shopee Sale

    GLOBAL l Ketua Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran, Mejar Jeneral Hossein Salami dilaporkan terbunuh dalam satu serangan udara oleh Israel di Tehran pada awal pagi Jumaat, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

    Saluran televisyen kerajaan memetik laporan agensi berita Tasnim yang menyatakan bahawa Salami terbunuh dalam serangan Israel semalaman.

    Setakat ini, tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung kejadian itu.

    MENARIK:  MOF kaji cadangan perluas pengecualian CGT syarikat tak tersenarai Bursa

    Tasnim turut melaporkan bahawa dua saintis nuklear Iran, Mohammad-Mehdi Tehranchi yang juga Presiden Universiti Azad Islamik serta Fereydoun Abbasi, bekas Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran turut terbunuh dalam serangan berasingan.

    Beberapa lokasi lain di dalam dan sekitar Tehran, termasuk di beberapa bandar lain, turut menjadi sasaran serangan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah