28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ketua Eksekutif HRD Corp bercuti mulai esok

    Shopee Sale

    Ketua Eksekutif Human Resource Development Corp (HRD Corp) Shahul Hameed Dawood yang terkait dengan kontroversi berhubung badan itu diberi cuti mulai esok.

    Menteri Sumber Manusia Steven Sim yang dihubungi Malaysiakini untuk mendapatkan maklumat berkaitan cuti tersebut menjawab: "Ya" pada malam ini.

    Cuti ujana (garden leave) itu diberikan sementara agensi penguat kuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap dakwaan berlaku penyelewengan dalam HRD Corp.

    Cuti ujana adalah langkah mengarahkan seseorang pekerja untuk menjauhkan diri dari tugas. Biasanya sementara menunggu perletakan jawatan atau penamatan perkhidmatan.

    Bagaimanapun individu terbabit masih kekal dalam senarai gaji.

    Sementara itu Shahul Hameed memberitahu dia secara sukarela menawarkan diri untuk bercuti sementara bagi memberi ruang siasatan dijalankan.

    Menyatakan hal itu melalui media sosial, Shahul Hameed menambah, dia akan berpegang teguh dengan komitmennya terhadap HRD Corp.

    “Semasa ketiadaan saya, organisasi ini akan tetap menjalankan semua proses seperti biasa dan operasi akan terus berjalan lancar demi memastikan tiada sebarang gangguan kepada perkhidmatan kami,” katanya.

    Steven Sim

    Semalam, Sim menyatakan ikrarnya untuk memastikan tiada sesiapa dalam Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) yang akan dilindungi jika didapati melakukan sebarang salah laku.

    Bagaimanapun, menurut Sim, segala prosedur yang ada mesti dipatuhi bagi sebarang pelantikan atau pemecatan tugas.

    MENARIK:  Allahyarham Eddin Syazlee hidap barah sejak April - Isteri

    Ketua Setiausaha Kesuma, Khairul Dzaimee Daud, pula berkata pegawai HRD Corp hanya akan digantung kerja sekiranya siasatan domestik dijalankan.

    HRD Corp dilanda kontroversi selepas Jabatan Audit Negara mendapati entiti kerajaan itu gagal diaudit. Ketua Audit Negara Wan Suraya Wan Mohd Radzi pula melalui laporan terkini mengesyorkan Kesuma merujuk syarikat terbabit kepada agensi penguatkuasaan yang berkenaan.

    Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen pula mendedahkan HRD Corp menggunakan RM3.77 bilion levi yang dikutip daripada majikan untuk program pembangunan latihan untuk pelbagai pelaburan yang tidak selari dengan tujuan asalnya.

    Kesuma telah membuat laporan kepada SPRM pada 5 Julai dan disusuli dengan pembentukan pasukan penyiasat khas oleh agensi antirasuah itu untuk meneliti HRD Corp.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah