27.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kesihatan Dr M makin baik, perlu pemantauan doktor di IJN

    Shopee Sale

    Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur dilaporkan semakin baik.

    Pembantu beliau Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin berkata sehingga kini, Dr Mahathir berada di bawah pemantauan doktor selepas dimasukkan ke IJN pada petang Selasa lepas kerana mengalami jangkitan saluran pernafasan yang lebih rendah (LRTI).

    "Alhamdulillah, keadaan Tun semakin baik namun masih perlu dipantau,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

    Semalam, Bernama melaporkan perbicaraan kes saman Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur ditangguh kepada 29 Okt ini selepas beliau dimasukkan ke IJN kerana jangkitan paru-paru.

    Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi, yang mewakili Dr Mahathir, memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya diberi sijil cuti sakit hingga 25 Okt dan memohon agar tarikh perbicaraan semalam serta hari ini dilapangkan.

    MENARIK:  Pusingan U dasar vape jejas komitmen k'jaan banteras penagihan - Pemuda PAS

    Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong kemudian menetapkan 29 dan 30 Okt serta 5, 6 dan 9 Dis ini untuk menyambung pendengaran kes itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah