27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes rasuah mohon tanah E-Haram T'ganu: SPRM reman tiga penjawat awam 6 hari

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu hari ini menahan reman tiga penjawat awam jabatan kerajaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM25,000 antara tahun 2022 dan 2023.

    Menurut sumber, suapan itu diterima suspek yang berusia lingkungan 30-an hingga 40-an bagi memudahkan urusan permohonan tanah E-Haram di Terengganu.

    Katanya, ketiga-tiga suspek turut terlibat secara langsung dalam menjalankan siasatan, membuat pengukuran sempadan serta menyediakan ulasan teknikal bagi tanah yang dimohon.

    "Sepanjang tempoh itu juga didapati wujud beberapa transaksi wang ke akaun seorang suspek sehingga mencecah kira-kira RM25,000 dan kesemua suspek turut disyaki menerima antara RM500 hingga RM800 mengikut tugasan daripada pemohon," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Perintah reman bermula hari ini hingga 1 Jun itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Kemaman, pagi tadi.

    MENARIK:  UM perjelas isu lagu kebangsaan China dimainkan di kampus

    Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah