33.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes bunuh Nur Farah: Anggota polis didakwa hari ini

    Shopee Sale

    Seorang anggota polis akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di Hulu Selanghor hari ini berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit.

    Lelaki itu yang bertugas di Perak akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

    Setakat pukul 7 pagi, pengamal media mula berkumpul di luar mahkamah untuk membuat liputan kes itu.

    Nur Farah Kartini, 25, yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di sini, kira-kira pukul 6 petang lima hari kemudian.

    MENARIK:  Kes bunuh isteri, anak: Mayat kanak-kanak anak bongsu suspek

    Sebelum ini, tempoh reman terhadap lelaki berumur 26 tahun itu dilanjutkan selama tujuh hari hingga 29 Julai selepas tahanan reman pertama tamat, namun hari ini pendakwaan mendapat izin untuk pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah