29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes bunuh dua beranak: Polis tahan dua lelaki bantu siasatan

    Shopee Sale

    Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang wanita yang ditemukan maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

    Ketua Polis Pulau Pinang Azizee Ismail berkata kedua-dua lelaki berusia 40-an itu termasuk seorang warga asing ditahan secara berasingan di Bukit Mertajam hari ini.

    "Polis akan membawa kedua-duanya ke mahkamah esok untuk proses reman dan kita percaya mereka dapat membantu siasatan kes berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.

    Azizee berkata polis juga sedang mengenal pasti sama ada terdapat individu lain yang terlibat dalam kes pembunuhan dua beranak berkenaan dengan siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk bagi mengetahui motif.

    MENARIK:  Kontraktor minta Adam dapatkan sokongan Muhyiddin untuk projek Jana Wibawa

    Media sebelum ini melaporkan mayat wanita dan anak perempuannya itu ditemukan dalam keadaan menyayat hati di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru, dipercayai menjadi mangsa pembunuhan.

    Azizee dilaporkan berkata mayat wanita berusia 51 tahun yang merupakan peniaga kuih dan anaknya berusia 11 tahun ditemukan suaminya yang pulang ke rumah kira-kira 7.30 malam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Ekoran kejadian itu, polis telah menahan reman suami wanita terbabit yang berusia 57 tahun selama seminggu hingga 25 Okt bagi membantu siasatan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah