27.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes buli siber: Polis tahan suspek kedua

    Shopee Sale

    Polis telah menahan suspek kedua berhubung kes seorang pempengaruh TikTok yang didakwa mati bunuh diri selepas dibuli siber awal bulan ini.

    Ketua Polis Daerah Sentul Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan penahanan warga tempatan itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

    "Suspek berumur 44 tahun warga tempatan ditahan lebih kurang 6.30 petang di Setapak, Kuala Lumpur, semalam.

    "Suspek bekerja sebagai pemandu lori direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 Julai," katanya.

    Polis menahan suspek pertama, iaitu Wanita tempatan berumur 35 tahun pada 8 Julai lalu.

    Suspek masih dalam tahanan polis selepas disambung reman selama dua hari lagi sehingga 12 Julai.

    Pada 6 Julai lalu, kejadian tragis yang meragut nyawa mangsa berusia 30 tahun itu mencetus perhatian meluas di media social, dengan ada yang mendakwa kematiannya adalah akibat gangguan tanpa henti yang dia alami selama beberapa minggu,

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil kemudian mengesahkan kes tersebut telah dirujuk kepada polis untuk siasatan.

    Terdahulu, Sukarno berkata polis telah menerima aduan daripada seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun berkenaan ugutan melalui aplikasi Tiktok terhadap pempengaruh media sosial yang dikenali dengan nama Rajeswary (Esha).

    MENARIK:  Prof Ahmad Atory Hussain meninggal dunia

    Ketika itu, katanya, terdapat dua hantaran di TikTok yang mengandungi fitnah dan ugutan terhadap pempengaruh itu.

    Hantaran itu juga didapati mengandungi ugutan dan ancaman kepada Rajeswary serta turut menggunakan kata-kata kesat dan lucah.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah), Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (penyebaran kenyataan jelik) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib).

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggap bunuh diri sebagai isu kesihatan awam tetapi mengatakan ia boleh dicegah dengan campur tangan yang betul.

    Jika anda berasa tertekan atau ada kecenderungan bunuh diri atau mengenali seseorang seumpamanya, sila hubungi talian hotline berikut:

    Talian Kasih

    15999

    The Befrienders

    03-76272929

    Pusat Kaunseling Agape Malaysia

    03-77855955 atau 03-77810800

    Life Line Association Malaysia

    03-42657995

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah