27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kerjasama politik BN untuk PRN Sabah perlu utamakan keperluan rakyat’

    Shopee Sale

    Sebarang pakatan yang dibentuk dengan BN untuk pilihan raya negeri Sabah akan datang mesti mengutamakan keperluan rakyat melangkaui keuntungan politik, menurut pemimpin BN Sabah. 

    Bendahari BN Sabah Salleh Said Keruak dilaporkan berkata demikian dalam mengulangi komitmen gabungan itu untuk bekerjasama dengan PH, selaras dengan kerjasama di peringkat persekutuan. 

    Malah tegasnya, pendirian itu telah dinyatakan secara terbuka oleh Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin. 

    “Pada masa sama, kami mengakui kepentingan mengadakan libat urus dengan parti tempatan untuk memastikan gabungan kuat dan padu di negeri ini.

    “Ini sebabnya kita perlu menekankan ‘Suka Sama Rakyat’ – pakatan kita harus mencerminkan keperluan dan aspirasi rakyat Sabah, bukannya sekadar ‘Suka Sama Suka’ atau kesenangan politik,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

    MENARIK:  Ujian Tahun 4 bukan untuk ganti UPSR, PT3 - menteri

    Salleh yang juga Adun Usukan itu perbincangan sedang dibuat bagi memastikan BN-PH dan rakan kongsi tempatan terus bekerjasama untuk pertumbuhan ekonomi, pembangunan infrastruktur dan peluang yang lebih baik di Sabah. 

    “BN Sabah akan mengadakan libat urus dengan rakan-rakan sehaluan yang berkongsi visi kami untuk Sabah lebih kuat dan maju,” katanya lagi.

    Bulan lalu, Zahid dalam ucapannya ketika sambutan ulang tahun ke-34 Umno Sabah, berkata parti itu dan BN mesti mendapatkan semula penguasaan mereka di Sabah pada pilihan raya akan datang untuk memacu pembangunan dan kemajuan yang lebih besar. 

    Presiden Umno itu juga berkata untuk menjadi dominan, BN mesti menang lebih daripada 13 kerusi yang dipegangnya selepas pilihan raya negeri ke-16 lalu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah