29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerajaan pantau rapat perkembangan di Timur Tengah – PM

    Shopee Sale

    Kerajaan sedang memantau rapat perkembangan yang berlaku di Timur Tengah susulan serangan Iran terhadap Israel.

    Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga memantau kedudukan pasaran kewangan serta potensi kesannya terhadap Malaysia.

    "Kerajaan kini sedang memantau rapat perkembangan tersebut dan juga kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi dampak ke atas Malaysia.

    "Kerajaan akan bertindak dengan bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara. Kerajaan juga mengambilkira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

    Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat khas melibatkan perdana menteri, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, serta pegawai tinggi kerajaan termasuk Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican.

    MENARIK:  UK catat rekod tertinggi kes kecurian di kedai - Laporan

    Mesyuarat itu diadakan susulan tindakan Iran melancarkan serangan udara ke atas Israel, sebagai tindak balas terhadap pengeboman konsulatnya di Syria.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah