28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerajaan Madani fokus percepat pembinaan Pan Borneo Sabah – PM

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan segelintir pihak yang mendakwa Kerajaan MADANI lambat menyiapkan projek Lebuhraya Pan Borneo, yang sepatutnya diselesaikan pada 2022.

    Beliau berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa memberi perhatian serius untuk menyelesaikan projek itu di Sabah seperti yang telah berjaya dilaksanakan di Sarawak.

    “Sarawak lebih dulu siap, Sabah yang berpuluh-puluh tahun (masalah jalan) yang tak selesai. Jadi saya ambil alih, saya kata no way, jangan ada tangguh,” katanya pada program Temu Anwar “Harapan Urang Muda Sabah” di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC), Penampang hari ini.

    MENARIK:  Usah sekat himpunan esok, tak gugat PM dan kerajaan - pemimpin AMK Johor

    Perdana Menteri turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang sentiasa memberi kerjasama dalam mempercepat usaha berkenaan sekali gus menyelesaikan isu jalan di negeri itu.

    Sebelum ini, Kerajaan Negeri Sabah memaklumkan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa I dijangka siap sepenuhnya menjelang 2029.

    Fasa pertama projek itu melibatkan 11 pakej sejauh 706 kilometer (km) dari Sindumin-Kota Kinabalu-Batu 32-Sandakan-Tawau serta laluan sepanjang pantai dari Tuaran ke Kudat.

    Keseluruhan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah melibatkan pembinaan sejauh 1,236 km.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah