Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga minyak RON95 pada kadar RM1.99 sen seliter walaupun dunia berdepan dengan krisis di Asia Barat yang membawa kepada ketidaktentuan ekonomi.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan satu langkah sukar, namun kerajaan berbuat demikian untuk mengekalkan kadar harga bagi menjaga kebajikan rakyat.
"Saya telah maklum untuk menetapkan harga Budi 95 untuk rakyat, satu keputusan sukar tapi akan dikekalkan pada RM1.99 sen walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi.
"Harga sebenar jauh lebih tinggi apatah lagi kalau dibandingkan harga dengan negara jiran tiga kali ganda (lebih tinggi)," katanya dalam sidang media khas hari ini.
[Berita penuh menyusul]





