30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    WHO: Lebih 8,000 kanak-kanak Gaza alami kurang zat makanan akut

    Shopee Sale

    Lebih 8,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Semenanjung Gaza telah dirawat kerana kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut, termasuk 1,600 dengan kes teruk yang membawa kepada 28 kematian, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menurut Agensi Berita Jordan (Petra).

    Semasa sidang media di Geneva pada Rabu, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus menjelaskan bahawa sebahagian besar penduduk Semenanjung Gaza yang terjejas teruk akibat konflik dengan Israel sedang menghadapi tahap kekurangan makanan yang amat kritikal dan keadaan hampir kebuluran.

    Dia menegaskan bahawa walaupun terdapat maklumat yang menunjukkan peningkatan dalam penghantaran makanan, pada masa ini tiada bukti bahawa mereka yang paling memerlukan menerima makanan dalam jumlah yang mencukupi dan berkualiti.

    MENARIK:  Serangan Israel di Doha adalah keganasan negara - PM Qatar

    Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas setakat ini mengakibatkan lebih 37,000 rakyat Palestin terkorban.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah