31.3 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kerajaan ada kaedah tersendiri pastikan kemenangan di KKB’

    Shopee Sale

    Parti-parti dalam kerajaan mempunyai kaedah tersendiri untuk memastikan calonnya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Ahmad Zahid yang juga pengerusi BN berkata perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Rabu lepas.

    "...Sudah pasti setiap parti dalam kerajaan perpaduan ada kaedah tersendiri untuk memastikan kemenangan calon," kata Ahmad Zahid yang juga presiden Umno kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk malam tadi.

    Rumah terbuka di Kompleks Umno Bagan Datuk itu dihadiri lebih 8,000 tetamu daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

    MENARIK:  Suspek kes tikam dua wanita di tandas surau dituduh Isnin ini

    PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong mewakili PH pada 21 Mac lepas.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah