29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keputusan STPM 2023 diumum 23 Julai – MPM

    Shopee Sale

    Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada Selasa depan (23 Julai).

    Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan secara dalam talian di pautan mulai 11.30 pagi pada hari tersebut.

    “Keputusan juga boleh diperoleh secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2023 dengan menaip STPM/No.Kad pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888.

    "Sistem ini akan diaktifkan mulai 11 pagi pada 23 Julai sehingga 12 tengah hari pada 30 Julai," menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  Sajak ‘Ku Cari Damai Abadi’ kembali dikongsi rakyat

    Seramai 41,548 calon telah menduduki peperiksaan itu di 657 pusat peperiksaan di seluruh negara, melibatkan 16,387 petugas sepanjang peperiksaan berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah