27.6 C
Kuala Lumpur
Monday, July 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keputusan kes Zizie Izette subahat kes rasuah RM2.8 juta diketahui esok

    Shopee Sale

    Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad akan mengetahui nasibnya esok, sama ada dilepaskan atau disabitkan atas tiga pertuduhan bersubahat kes rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

    Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad dijangka membacakan keputusan pada akhir kes pembelaan pada 9 pagi.

    Zizie Izette, 47, isteri kepada bekas Ahli Parlimen Kinabatangan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya bagi memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM2.8 juta.

    Pasukan pembelaan menutup kesnya selepas Zizie Izette selesai memberikan keterangan membela diri pada 5 Mac lepas, manakala Bung Moktar memberikan keterangan pada 2 Sept 2025 selepas pasangan suami isteri itu gagal mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan mereka membela diri.

    Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu pada 18 Nov 2024, selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan pasangan itu oleh Mahkamah Tinggi pada 7 Sept 2023 yang membebaskan pasangan terbabit daripada pertuduhan tersebut.

    Mahkamah Tinggi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette, bagi menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 Sept 2022 yang memerintahkan mereka membela diri terhadap pertuduhan itu.

    Bagaimanapun, pada 16 Jan lepas, Mahkamah Sesyen membebaskan Bung Moktar daripada ketiga-tiga pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap bekas ahli politik itu yang meninggal dunia pada 5 Dis 2025.

    Pada 2 Sept 2022, Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob memerintahkan Bung Moktar dan Zizie Izette membela diri atas ketiga-tiga pertuduhan selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

    MENARIK:  Proses reformasi sedang berjalan, kata ahli PKR

    Bagi pertuduhan pertama, Zizie Izette didakwa bersubahat dengan Bung Moktar yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad, dengan memperoleh suapan wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid.

    Suapan itu didakwa sebagai upah bagi suaminya mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.

    Bagi pertuduhan kedua, Zizie Izette didakwa bersubahat dengan Bung Moktar untuk memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM262,500 daripada Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas namanya bagi tujuan serupa.

    Beliau juga dituduh bersubahat dengan suaminya untuk memperoleh suapan RM337,500 daripada seorang lagi ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar, melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas namanya bagi tujuan sama.

    Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, di sini pada 12 Jun dan 19 Jun 2015 mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah