33.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kem Kamala saring lebih 10 nama untuk jadi calon naib presiden

    Shopee Sale

    GLOBAL | Pasukan kempen Kamala Harris sedang melakukan saringan ke atas lebih 10 nama yang berpotensi untuk dijadikan regunya dalam persaingan pilihan raya Presiden AS, lapor Sputnik yang memetik CBS News hari ini.

    Senarai itu dilaporkan menampilkan Setiausaha Perdagangan Gina Raimondo, Setiausaha Pengangkutan Pete Buttigieg, Senator Mark Kelly, Gabenor Kentucky Andy Beshear, Gabenor Illinois Jay Pritzker, Gabenor Michigan Gretchen Whitmer, Gabenor Carolina Utara Roy Cooper, Gabenor Pennsylvania Josh Shapiro dan Gabenor Minnesota Tim Walz.

    "Beberapa calon yang berpotensi sebagai gandingan Kamala tidak memegang jawatan menerusi pilihan raya pada masa ini," kata seorang pewarta CBS.

    Presiden Joe Biden pada Ahad mengumumkan menarik diri daripada pilihan raya itu dan menyokong Kamala sebagai calon Parti Demokrat.

    MENARIK:  Aktivis Yahudi seru Malaysia terus berjuang untuk Palestin

    Kamala pada Selasa berkata dia telah memperoleh cukup undian daripada Demokrat untuk menjadi calon presiden parti.

    Jika dipilih, Kamala akan berhadapan dengan calon presiden Parti Republikan Donald Trump pada 5 Nov ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah