25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kelantan larang kegiatan hiburan, bunyian muzik di malam Jumaat

    Shopee Sale

    Kelantan tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat.

    Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata perkara itu termaktub dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

    "Garis panduan ini bersesuaian dengan galakan sebagai Muslim untuk memperbanyakkan amal ibadah pada malam Jumaat," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu, hari ini.

    Beliau berkata demikian susulan isu ujian sistem siar raya pada satu majlis berdekatan sebuah masjid di Kota Bharu baru-baru ini.

    Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Mat Daud menyangkal dakwaan isu tukang cuci dan pekerja pembersihan di Kompleks Kota Darulnaim tidak dibayar gaji.

    "Selama ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tidak ada masalah mengendalikan staf termasuk tukang cuci, bahkan gaji dibayar lebih awal daripada tarikh sepatutnya dan tidak pernah ada tunggakan,” katanya.

    MENARIK:  Warga Sabah dipenjara, denda kerana komen hina Islam

    Beliau berkata siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti pihak yang sengaja menyebarkan perkara berkenaan.

    SUK Kelantan sebelum ini menafikan laporan yang mendakwa 20 tukang cuci dan pekerja pembersihan di Kompleks Kota Darulnaim tidak dibayar gaji sejak Mac lepas.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah