27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kediaman rasmi MB Kedah terjejas banjir

    Shopee Sale

    Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon di Alor Setar turut terjejas akibat bencana banjir yang berlaku di negeri ini.

    Pegawai Khas Menteri Besar Helmi Khalid berkata perkarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit yang terletak di belakang Seri Mentaloon, awal pagi tadi.

    “Air mula memasuki kuarters kediaman petugas yang terletak tidak jauh dari tepi sungai berkenaan, kemudian paras air terus meningkat hingga memasuki bahagian ruang tamu, dapur dan ruang makan…setakat ini paras air di bahagian dapur mencecah 0.5 meter.

    MENARIK:  Rebat air PBAPP kurangkan komitmen pengguna di Pulau Pinang

    “Buat masa ini, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan keluarga masih tinggal di kediaman rasmi setinggi dua tingkat itu,” katanya.

    Beliau berkata setakat ini banjir tidak menjejaskan surau, Dewan Melur dan Dewan Seri Mentaloon yang terletak dalam pekarangan kediaman itu.

    “Ini bukan kali pertama Seri Mentaloon dinaiki air kerana ia pernah berlaku semasa kejadian banjir besar pada 2010 dan banjir pada Sept lepas turut menyebabkan limpahan air ke kediaman rasmi cuma keadaan kali ini lebih teruk,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah