27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bernie Sanders dipilih semula di Vermont

    Shopee Sale

    GLOBAL | Senator bebas dari Vermont, Bernie Sanders, menewaskan pencabarnya dari Republikan, Gerald Malloy, untuk membolehkan dia terus mewakili negeri itu bagi penggal keempat di Senat AS, lapor Anadolu yang memetik ramalan media AS hari ini.

    Ahli politik progresif berusia 83 tahun itu akan meneruskan kerjaya di Washington, memulakan penggal baru selama enam tahun lagi untuk mewakili negeri Vermont.

    Sanders kali pertama dipilih ke Dewan Perwakilan AS pada 1991 sebelum dia beralih ke Senat pada 2007. Dia turut pernah bertanding untuk jawatan presiden pada 2016 dan 2020.

    MENARIK:  Sultan Pahang: Masjid bukan hak eksklusif mana-mana pihak

    Walaupun Sanders dikenal pasti sebagai seorang ahli politik bebas, dia dijangka terus bekerjasama rapat dengan Parti Demokrat seperti yang dilakukannya sepanjang perkhidmatannya di Senat sebelum ini.

    Dia juga menyokong Naib Presiden AS, Kamala Harris, dalam usahanya untuk bertanding bagi jawatan presiden AS dalam pilihan raya yang sedang berlangsung sekarang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah