Kebakaran tercetus di taman tema Genting Highlands di Pahang petang tadi, menurut bomba dan hantaran di media sosial.
Berdasarkan gambar dan video kejadian yang kini tular, kebakaran melibatkan bahagian sebuah bangunan di taman tema itu.
Seorang warganet dalam ciapannya di X mendakwa kebakaran tercetus di Sky Avenue, iaitu pusat beli belah yang menempatkan restoran, bar, panggung wayang dan kedai.
Menurut maklumat awal yang dihimpun Malaysiakini, Balai Bomba Dan Penyelamat Genting Highlands mengerahkan anggota dan jenteranya ke tempat kejadian selepas menerima laporan sebaik sebelum pukul lima petang.
Malaysiakini telah menghubungi pegawai komunikasi Genting Highlands untuk komen segera berkenaan kebakaran ini.
[Berita lanjut menyusul]





