32.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KDN tambah baik proses permit masuk pasangan warganegara

    Shopee Sale

    Penyelarasan tempoh perkahwinan, pemendekan tempoh pemprosesan dan pengecualian penilaian sistem mata antara langkah penambahbaikan dalam proses permohonan permit masuk, khususnya bagi kategori pasangan kepada warganegara.

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pasangan kepada warganegara yang memohon permit masuk perlu mencapai tempoh minimum tiga tahun perkahwinan dan memegang Pas Lawatan (Sosial) selama sekurang-kurangnya setahun.

    “Ini bertujuan memastikan proses permohonan lebih teratur dan relevan dengan keperluan institusi kekeluargaan.

    “Piagam Pelanggan telah diperkemas dengan menetapkan tempoh pemprosesan permohonan baharu kepada enam bulan, memberikan kepastian kepada pemohon dan mempercepatkan prosedur,” menurut kenyataan itu.

    Selain itu, KDN akan mengecualikan pelaksanaan sistem mata bagi kategori pasangan warganegara, sebaliknya faktor seperti tempoh perkahwinan serta bilangan anak akan diambil kira dalam mempertimbangkan kelulusan bagi memelihara kebajikan keluarga yang sah dan tulen.

    MENARIK:  Pelajar TVET GiatMARA wajib jalani ujian khas bacaan al-Fatihah

    Pelaksanaan kesemua inisiatif berkenaan akan bermula selewat-lewatnya pada 30 Sept (suku ketiga tahun 2025).

    KDN memaklumkan penambahbaikan itu adalah selari dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan dasar-dasar yang adil dan efisien dilaksanakan demi kebajikan semua pihak.

    “Ia juga mencerminkan komitmen KDN dalam mendukung institusi kekeluargaan, dan dengan langkah-langkah ini, KDN yakin ia akan dapat meningkatkan kepercayaan terhadap sistem permohonan permit masuk dan memberikan manfaat kepada semua pihak berkepentingan,” menurut kenyataan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah