24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kasino kedua di Malaysia: Sama sekali tidak, kata Anwar

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas berkata “tidak” kepada idea kemungkinan kasino kedua di Malaysia.

    Bercakap pada Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 di Doha pada Selasa, beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).

    Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata semua sektor itu, antara lain, memadai untuk mendorong pertumbuhan masa depan.

    Beliau berkata justeru, di bawah pentadbirannya, tiada keperluan untuk (lesen) kasino kedua di Malaysia.

    “Sama sekali tidak! Malaysia tidak perlu terlibat dalam perniagaan kasino (kedua).

    “Kami menumpukan transformasi digital, peralihan tenaga (dan) AI, dan kami percaya ini adalah (antara industri yang) mencukupi untuk memacu negara ke hadapan,” katanya ketika menjawab soalan moderator Haslinda Amin dalam sesi pleno di Doha.

    MENARIK:  Cadangan pindaan Akta Finas selari arus teknologi semasa - Teo

    Anwar ditanya sama ada Malaysia mempertimbangkan untuk membenarkan (lesen) kasino kedua di bawah Kerajaan Madani.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah