28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kartel projek tentera darat: SPRM tahan 17 pengarah syarikat

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 17 pengarah syarikat disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat.

    SPRM dalam kenyataan di media sosial TikTok memaklumkan perintah reman selama lima hari sehingga 10 Jan (Sabtu), telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi Selasa.

    “Kesemua suspek yang terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 60-an telah ditahan di antara 8.30 hingga 11.30 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

    “Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki membayar wang rasuah kepada pegawai kanan Tentera Darat Malaysia (TDM), sebagai balasan untuk mendapatkan projek pembekalan dan penyelenggaraan dengan TDM,” menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  NGO gesa percepat dakwa kes pukul OKU pekak

    Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.

    Pada 29 Dis, SPRM menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat dan ahli keluarganya, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, berhubung kes berkenaan.

    Pada 23 Dis, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah