25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kanak-kanak empat tahun jatuh tingkat 12 kondominium stabil

    Shopee Sale

    Kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Lebuh Tunku Kudin, Gelugor di sini semalam dilaporkan dalam keadaan stabil.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata kanak-kanak berusia empat tahun itu sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di George Town.

    "Berdasarkan keterangan keluarga kanak-kanak itu, mangsa dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di ICU untuk pemerhatian selama 48 jam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk merekodkan keterangan ibu bapa dan saksi yang melihat kejadian itu serta kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

    MENARIK:  1,091 siswa hidap HIV: Henti normalisasikan maksiat, kata menteri agama

    Dalam kejadian kira-kira 9.20 pagi semalam, kanak-kanak lelaki itu dilaporkan mengalami kecederaan parah setelah terjatuh dari bilik tidur utama rumahnya.

    Siasatan polis mendapati mangsa ditemukan oleh neneknya berusia 63 tahun yang juga penjaganya di tingkat tujuh dan difahamkan mangsa yang merupakan anak tunggal itu terjatuh dari tingkap bilik tidur utama ketika neneknya berada dalam tandas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah