26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kami kecewa keputusan mahkamah, tapi akan terus lawan kezaliman’

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin menyuarakan kekecewaan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan empat pertuduhan salah guna kuasa kepada bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

    Menyifatkan kes itu sebagai pendakwaan politik, Hamzah berkata Bersatu akan terus mengukuhkan solidariti dan berdiri teguh di belakang Muhyiddin, yang merupakan presidennya.

    “Kita akan berbincang dan menyerahkan kepada kebijaksanaan peguam untuk langkah perundangan seterusnya.

    “Perjuangan kita tidak akan sesekali terhenti dengan pendakwaan politiknya, sebaliknya ia memperkukuh lagi solidariti dan tekad kita bagi menentang segala kezaliman ini,” kata Hamzah dalam kenyataan hari ini.

    “Bersatu berdiri teguh bersama Muhyiddin dan sesungguhnya yakin Allah akan membantu mereka yang dizalimi,” katanya lagi.

    Hari ini, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Muhyiddin untuk menyemak semula keputusan pada Februari lalu, yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya bagi empat pertuduhan salah guna kuasa berkaitan program Jana Wibawa melibatkan RM232.5 juta.

    MENARIK:  Tak cukup korum salah k'jaan bukan pembangkang - Takiyuddin

    Panel lima hakim yang dipengerusikan Azizah Nawawi memutuskan keputusan sebelum ini tidak sah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah