29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kalau Izzah kalah orang akan kata Anwar ditolak parti sendiri – Rafizi

    Shopee Sale

    Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata mesej yang salah akan diberikan kepada rakyat sekiranya pencabarnya Nurul Izzah Anwar tewas dalam persaingan bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.

    Berucap dalam satu ceramah di Kedah malam tadi, Rafizi berkata PKR bakal berdepan risiko jika Nurul Izzah tewas dalam pengundian tersebut memandangkan dia merupakan anak kepada presiden parti, Anwar Ibrahim.

    Menurutnya, kekalahan Nurul Izzah akan menyebabkan imej buruk kepada PKR, terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

    "Kalau contohnya Izzah kalah, apa mesejnya kepada rakyat? contohnya mesejnya ialah anggota PKR menolak Anwar Ibrahim.”

    "Kalau kalah..jadi sebab itu Nurul Izzah mesti menang. Dia mesti menang sebab kalau kalah itu, kita akan masuk pilihan raya dalam keadaan yang kita tak boleh gambarkan berdepan pembangkang dan polemik politik dalam dan luar kerajaan.

    MENARIK:  Mara beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia meskipun ditolak MOF

    "Kerana orang akan kata, Nurul Izzah kalah bermakna Anwar ditolak parti sendiri, jadi akhirnya apa pilihan saudara saudari ada?” katanya.

    Ceramah di Kedah itu merupakan sebahagian daripada siri jelajah kempen Rafizi yang dinamakan Jelajah Hiruk.

    Menteri Ekonomi itu kini mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dan akan menentang Nurul Izzah dalam pengundian parti itu yang dijadualkan pada 23 Mei ini.

    Nurul Izzah kini menyandang jawatan Naib Presiden PKR, yang diberikan kepadanya melalui lantikan pada tahun 2022.

    Dalam pada itu Rafizi berkata dia tidak mahu melihat PKR melalui pelbagai konflik dalaman dalam pengundian parti, yang akhirnya akan menyebabkan parti itu tewas teruk dalam pilihan raya umum.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah