30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    JSJ rujuk semula kertas siasatan kes Zara ke AGC esok

    Shopee Sale

    Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan merujuk semula kertas siasatan kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir ke Pejabat Peguam Negara, esok.

    Pengarahnya Datuk M Kumar berkata ia bagi mendapatkan nasihat dan arahan setelah tindakan siasatan lanjut dilaksanakan pasukan khas JSJ Bukit Aman.

    Setakat ini, polis telah merakam percakapan 195 saksi antaranya pelajar, guru, pegawai perubatan, warden, pengawal keselamatan dan ibu bapa.

    “Siasatan polis memfokuskan kepada dua elemen penting melibatkan siasatan daripada aspek inkues dan perlakuan jenayah lain seperti buli serta penularan berita palsu.

    MENARIK:  Trump beri bayangan lanjutkan tarikh akhir Tik Toh

    “Polis Diraja Malaysia menyeru masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi atau mencetuskan sentimen yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Kumar berkata polis memberi jaminan proses siasatan adalah menyeluruh dan telus tanpa melindungi mana-mana pihak.

    Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, di sini pada 17 Julai, selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar pada pagi 16 Julai.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah